CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Yang Terindah

Tuesday, October 27, 2009

Dr. Normaliza LAGI...

Banyak pengalaman manis dan pahit....ketika Dr mengajar kami. Semasa mendaftar sem 6...
(dalam hati berkata...alamakkkkkkkkk Dr Normaliza lagi) betullah kata Dr.......jangan mengutuk nanti sem depan jumpa lagi. Bukannya tak suka........ suka, tapi Dr ni laju sangat, tak terkejar rasanya. Setiap minggu ada saja tugasan yang diberi. Sampai ada satu ketika...masa Dr bagi tugasan pantun,teka-teki dan sajak...Ya Allah, Tuhan saja yang tau......sampai 4 pagi menyiapkan...tu belum lagi blog, face book, e-sastera...( sampai anak tak makan mengerjakan benda-benda tu) nasiblah suami masih mengenali isterinya... Tu belum lagi yang balik
pukul 2.30 pagi. Masa tu menyiapkan tugasan yang 30 helai...macam nak gilerrrr dibuatnya. Sempat jugak makan Chiken Cop kat Serdang dengan Najwa, Ira dan K.Sham(satu group) masa tu pukul 1.30 pagi. Tapi kerana Dr lah saya lebih celik IT...kerana Dr juga saya dapat mencari kawan-kawan masa sekolah menengah dulu dengan bantuan Face book....kira-kira 18 tahunlah tak berhubung. Saya tahu setiap ilmu yang Dr ajarkan kepada kami banyak hikmahnya walaupun terpaksa berkorban...

Dan tugasan terakhir..........yang Dr beri, soal selidik. Terima kasih Dr... walaupun lambat tapi Dr masih menerima dengan senyuman...Masa nak hantar pada hari Jumaat, macam-macam saya fikir yang nagetif. Tapi jangkaanku tidak tepat... Dr menerima alasanku... Terima Kasih Dr...harap-harap Dr akan beri A..........Sememangnya Dr seorang pensyarah yang mesra Alam dengan pelajar-pelajarnya... dan Dr juga seorang yang brutalllllllllll. Susah nak jumpa pensyarah seperti Dr.Normaliza Abd Rahim.

Thursday, October 8, 2009

semester 6

Tak sangka... diam tak diam dah hampir penghujung semester 6 ni. Banyak betul dugaan sepanjang semester 6 ni. Aku bersyukur kerana dapat juga menyiapkan assigment walaupun dalam keadaan kesihatan yang tak mengizinkan. Sem 6 ni jugalah aku banyak kali tak hadir kuliah. Kalau nak ikutkan takut juga nama tersenarai sebab kehadiran tak memenuhi 80%. Tapi aku ada MC. Tak pernah aku cuti kuliah sebelum ni...kalau cuti pun sebab kursus. Kalau nak ikutkan memang hari-hari tak larat nak pergi....tapi terpaksa gak buat-buat ceria. Hanya Allah yang tahu perasaanku...sedih bila kenangkan. Harap-harap keputusan periksa memuaskan. Semoga Dr. Normaliza memahami. Tapi aku tahu Dr. Normaliza memang seorang yang baik hati...

Friday, September 4, 2009

Nikmat ...Mabuk...

Aku bersyukur kerana dapat bertemu ramadan pada kali ini. Aku berazam untuk tidak membeli di bazar ramadan. Lagi pun suamiku tidak suka membeli dan dia lebih suka jika aku memasak walaupun hanya telur goreng sahaja. Anak-anakku juga bab makan tidak pernah mengeluh... makan sahaja apa yang dihidangkan yang penting kicap mesti ada ! Tapi, tuhan maha berkuasa... kita mampu merancang, tuhan yang menentukan....

Pada mulanya, ku sangka hanya pening dan tidak bermaya dan muntah2...maklumlah orang berpuasa, tentulah letih dan tiada daya... Ya Allah........aku bersyukur dengan rezeki yang engkau berikan ! tapi.........seperti pengalaman anak2ku yang lepas...bila aku mabuk... satu minggu aku hanya terbaring ! makan tak lalu... dan muntah berterusan... Keadaan ini bukan hanya sebulan dua sahaja tapi hingga aku melahirkan ( sembilan bulan ) . Ku sangka untuk anak kelima aku tidaklah mabuk...tapi jangkaanku meleset. Jadi aku terima apa yang Allah berikan.

Setiap hari asyik berfikir nak makan apa...nak minum pun kena fikir juga! Itulah dugaan yang Allah berikan kepadaku. Bila lapar menangis...sebab tak boleh nak makan... Belum pun makanan masuk ke mulut aku dah muntah dahulu........Alhamdulillah suami dan anak2 memahami...Semua tugas yang aku buat dulu sudah beralih tangan...membasuh, menyidai, mengemas, memasak dan menyapu anak2 dan suami yang bergotong royong.

Bila di sekolah, rakan2 pun faham dengan perubahanku...anak2 muridku juga seakan mengerti... (terima kasih semuanya kerana memahami)...Dalam keadaan begini, aku lebih banyakkan membaca Al-Quran... Al-Quranlah penawar segala penyakit ! Sepanjang sembilan bulan aku mengandung sekurang-kurangnya 3 atau 4 kali khatam...banyak hikmah disebaliknya sebenarnya.......Dengan izin Allah...aku tidak pernah merasa sakit sebagaimana yang selalu aku dengar... sakit bila bersalin !...mungkin itulah hikmah disebaliknya. Doktor dan jururawat yang merawatku pun hairan...disaatku sedang melahirkan aku mampu bergurau dan tersenyum! Allah maha adil...dia memberiku kesusahan 9 bulan dan nikmat bersalin dengan mudah.

Tapi yang membuat ku risau dan termenung lagi sedih... siapalah yang nak menyiapkan segala assignmentku......Kepada Dr. Normaliza...saya harap dia mengerti...kerana dia juga seorang wanita...dan saya akan cuba yang terbaik untuk menyiapkan segalanya...

Thursday, August 27, 2009

kerja,kerja,kerja...






Buka je mata, teringat pada Dr.Normaliza...mengenangkan assigment yang masih belum selesai. (pantun ,teka-teki dan facebook). Seawal 7.00 pagi ku mengadap komputer hingga pening dan loya mencari idea pantun, teka-teki, facebook dan sajak... ya Allah berilah ku petunjuk dan ilham untuk menyiapkan tugasan ini...Bila idea dah banyak rasa seronok pula hingga ku terlupa kepada empat cahaya mataku yang belum ku siapkan sarapan dan makan tengahari, nasib baik suamiku tidak bising sebab dia tidur siang ( kerja shif malam ). Sedang leka dan sambil tersenyum membalas pantun di facebook... anakku yang empat tahun menghampiriku... sambil menangis " Ummi ni asyik keje, keje, keje... adik bosanla... ummi adik lapar ! Ya Allah, tak ku sangka, ketika itu sedih ada ketawa pun ada.

Jam menunjukkan pukul 3.30 petang, lalu kami bersiap-siap untuk makan dan membawa anak-anakku berjalan. Mana lagi kalau bukan ke Nilai 3... perjalanan hanya 15 minit. Setelah sampai kami pun memesan makanan bihun sup, sup campur dan nasi putih. Masing-masing makan dengan penuh kelaparan... kesian mereka, yang penting suamiku memahamiku...
Setelah selesai makan, kami pun window shooping je ( belum gaji ).... terujanya melihat pelbagai jenis kain, langsir, perabot, frame, cadar, bunga, kerongsang ...dan banyak lagi. Semuanya harga berpatutan.Kalau tak percaya datanglah sendiri ! pasti tergoda...

Setelah penat meround... kami pun balik...Dalam perjalanan suamiku bertanya... berapa baget untuk raya tahun ni... dengan selambaku menjawab...RM 3000.00 ...( suamiku menggaru kepala). Hehehe

Saturday, August 15, 2009

Keluh Kesah

Dulu aku tidak begitu,
Patuh dengan perintah guru,
Kini mereka terus melulu,
Menyalahkan guru tanpa malu.

Zaman sudah berubah,
Mereka tidak pernah mengalah,
Yang penting aku hidup mewah,
Ibu bapa ku buat tipu helah.

Dulu aku tunduk malu,
Dinasihati oleh guru,
Berderai air mataku,
Kaulah sumber ilhamku.

Didada akhbar sering dibicarakan
Keaiban dan keburukan jadi bualan,
Tidakkah kita berasa kasihan,
Guru sering jadi cacian dan umpatan,
Dimanakah nilai keperibadian.

Tanpanya siapalah aku di sini,
Mengajar tanpa peduli diri sendiri,
Sakit pening terus digagahi,
Untuk anak-anak yang dikasihi.

Anak zaman ini,
Tidak mahu mengerti,
Apa yang dijanji,
Aku ingin hidup berdaulat tinggi.


Betul tak kawan-kawan semua...

Tuesday, May 19, 2009

TEMUDUGA JAWATAN KOSONG

Memperingati sesama ummah...........


SEMUA AKAN DIKEHENDAKI HADIR TANPA SEBARANG PENGECUALIAN

KEKOSONGAN JAWATAN:

A. Ahli Syurga Dari Awal.
B. Ahli Neraka Dari Awal...
C. Ahli Neraka Sementara Kemudian Akan Dilantik Jadi Ahli Syurga..


EMPAT GANJARAN LUMAYAN
(khas untuk jawatan A):
1. Nikmat kubur..
2. Perlindungan di Padang Mahsyar..
3. Keselamatan Meniti Titian Sirat.
4. Syurga yang kekal abadi.


TARIKH TEMUDUGA
:
Bila-bila masa secara adhoc bermula dari saat membaca iklan ini.


LOKASI TEMUDUGA
:
Di dalam kubur (alam barzakh)..


KELAYAKAN
:
Anda tidak perlu bawa siji-sijil,termasuk sijil saham termasuk saham Internet.
Anda tidak perlu bawa pingat , Mercedes mata belalang atau kad kredit.
Anda tidak perlu bawa wang atau harta serta emas yang anda kumpul.
Anda tidak perlu berparas rupa yg cantik, hensem atau berbadan tegap atau seksi.
Sila bawa dokumen asal iaitu :
Iman dan Amal serta sedekah jariah sebagai sokongan.


PANEL/PENEMUDUGA
:
Mungkar dan Nakir.


ENAM SOALAN BOCOR
:
1. Siapa Tuhan anda?
2. Apa Agama anda?
3. Siapa Nabi anda?
4. Apa Kitab anda?
5. Di mana Kiblat anda?
6. Siapa Saudara anda?


CARA MEMOHON
:
Anda cuma perlu menunggu penjemput yang berkaliber untuk menjemput anda. Ia akan menjemput anda pada bila-bila masa saja (mungkin sekejap lagi). Ia akan berlembut kepada orang-orang tertentu dan akan bengis kepada orang-orang tertentu.

Ia diberi nama Izrail.


TIPS UNTUK BERJAYA DALAM TEMUDUGA TERTUTUP INI
:
Hadis Hasan yang diriwayatkan oleh Ahmad Hanbal, yang bermaksud begini:

Sabda Rasulullah S.A.W:
"Sesungguhnya apabila jenazah seseorang itu diletakkan di dalam kuburnya, sesungguhnya jenazah itu mendengar suara (terompah kasut) orang-orang yang menghantarnya ke kubur pada saat mereka meninggalkan tempat itu. Jika mayat itu seorang muslim, maka solat yang dilakukannya ketika beliau masih hidup di dunia akan diletakkan di kepalanya, puasanya diletakkan disebelah kanannya, zakatnya diletakkan di sebelah kirinya dan amalan kebajikan daripada sedekahjariah, silaturrahim, perkara kebajikan dan ihsan diletakkan dihujung dua kakinya.." Ia akan didatangi malaikat dari aras kepala, maka solat itu berkata kepada malaikat : dari arasku tidak ada jalan masuk.. Kemudian malaikat berpindah ke sebelah kanan, maka puasa berkata kepadanya : dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah kesebelah kiri, maka zakat berkata kepadanya : dari arasku tidak ada jalan masuk.
Kemudian di datangi dari arah kedua hujung kakinya dan berkatalah amal-kebajikan : di bahagianku tidak ada jalan masuk. Maka malaikat berkata kepadanya : Duduklah kamu. Kepadanya (mayat) memperlihatkan matahari yang sudah mula terbenam, lalu malaikat bertanya kepada mayat itu : Apakah pandangan kamu tentang seorang laki-laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepadanya? Maka berkata mayat itu : Tinggalkan aku sebentar, aku hendak sembahyang. Maka berkata malaikat : Sesungguhnya engkau akan mengerjakan solat (boleh saja solat) tetapi jawab dahulu apa yang kami tanya ini. Apakah pandangan kamu tentang seorang laki -laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepada nya? Maka berkata mayat itu: Laki-laki itu ialah! Nabi Muhammad S.A.W dan aku naik saksi bahawa nabi Muhammad saw itu ialah pesuruh Allah yang membawa kebenaran daripada Allah Subhanahu Wata'ala. Maka malaikat berkata kepada mayat itu : Demikianlah kamu dihidupkan dan begitu juga kamu dimatikan dan dengan demikian juga kamu dibangkitkan semula diakhirat insya'Allah. Kemudian dibuka baginya satu pintu syurga, maka dikata padanya itulah tempat kamu dan itulah janji Allah bagi kamu dan kamu akan berada di dalamnya. Maka bertambahlah gembira mayat itu. Kemudian dilapangkan kuburnya seluas 70 hasta dan disinari cahaya baginya".

Sila war-warkan tawaran jawatan kosong ini kepada semua sahabat.
cepat sebelum tawaran ini datang kepada anda...
waspada.....

Sunday, May 3, 2009

Pantun



Sirih junjung sirih pinang
Sirih kami susun bertingkat
Adat dijunjung pusaka dikenang
Bangsa berbudi hidup muafakat

Sirih junjung sirih pinang
Sirih kuning diberi nama
Adat dijunjung pusaka dikenang
Hidup berbudi muafakat bersama

Sirih kuning sirih dara
Sirih tanya berserta cincin
Hidup beradat aman sejahtera
Budaya lama tetap terjamin

Sirih kuning diberi nama
Sirih tanya berserta cincin
Hidup berunding muafakat bersama
Bangsa mulia budaya dijamin

Tuesday, April 28, 2009

Sayangi diri anda


Perut adalah pangkal
segala penyakit
Menjaga pemakanan
adalah pokok
sekalian ubat…..

Stress


Stres atau tekanan merupakan reaksi terhadap sebarang rangsangan (fizikal, mental, atau emosi dalaman atau luaran), yang cenderung membuatkan seseorang berasa marah.
Apabila reaksi tersebut tidak diurus dengan baik ia boleh membawa kepada masalah kesihatan. Antara penyakit yang kerap dikaitkan dengan stress ialah penyakit jantung, darah tinggi dan kanser.Namun akhir-akhir ini para doctor melihat terdapat peningkatan insiden yang mengaitkan stress dengan masalah kesihatan lain seperti asma, alahan, migraine, ulser, usus dan masalah kulit. Malah, 75 peratus hingga 90 peratus yang berjumpa doctor ada kaitan dengan stress……………..
10 Tips melegakan stress

1- Bangun awal
2- Berkongsi beban tugasan anda dengan keluarga dan rakan sekerja
3- Berehat seketika walaupun hanya 10 minit untuk melegakan otak atau menyedut nafas
dalam-dalam
4- Peruntukan masa untuk bersenam
5- Jangan fikir atau melakukan sesuatu kerja terlalu banyak dalam satu masa
6- Tidak ada salahnya jika anda tidak melakukan sesuatu dengan sempurna sepenuhnya
7- Belajar untuk berkata tidak
8- Elakkan menyesakkan fikiran dengan perkara remeh-remeh
9- Sesekali berehat dengan mendengar muzik yang mendamaikan
10- Mengambil sikap mudah memaafkan orang lain.

Wednesday, April 22, 2009

umrah ke2




Hidayah itu petunjuk Allah. Iman itu kepercayaan dan keyakinan kepadaNya. Amal itu perbuatan. Sesungguhnya amalan yang terbaik ialah amalan yang diredhaiNya. Blog ini hanya dikendalikan pada masa senggang iaitu selepas waktu pejabat, hujung minggu dan pada masa cuti. Saya menggunakan kemudahan internet dan PC sendiri dari rumah. Waktu bekerja adalah ibadah, oleh itu saya wajib penuhi waktu itu dengan melakukan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan kepada saya.Saya akan membalas setiap komen pada masa senggang sahaja kerana saya ingin memohon keberkatan dan KeredhaanNya. View my complete profile



Monday, April 20, 2009

nurul aiman sakinah

Hiduplah Sesuka hatimu, Sesungguhnya kamu pasti mati. Cintai siapa saja yang kamu senangi, Sesungguhnya kamu pasti akan berpisah dengannya Lakukan apa saja yang kamu kehendaki, Sesungguhnya kamu akan memperoleh balasannya.

Wednesday, April 15, 2009


Permata Kata
Kata Kata Hikmah Buat Pedoman Hidup
Doa dari Al-Quran #19
Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadaMu dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadaMu).
(Al -Ahqaf [46] : 15)
Kita Ditakdirkan Jatuh Cinta Spring
Ku tak tahu mengapa Tiba-tiba sahaja Di dalam hati ini sering rindu padamu Ingin kumeluahkan, tak berdaya
Ku tahu engkau jua Sangat sayang padaku Kaupun sering merindu Bila tidak bertemu ternyata kau dan aku Punya rasa...
Kau dan aku sudah ditakdirkan bertemu Dan tiba-tiba kita jatuh cinta Ini semua sudah suratan ilahi Dan kita harus tabah hadapi kenyataan
Biar... apapun terjadi Aku... harap engkau tabah... Menerimaku sebagai teman barumu Semoga kita saling sayang, bahagia...
Usahlah engkau pergi Semadi di hatiku Masih menyayangimu, oh sayangku... Bila sehari tak jumpa, aku rindu...

my baby


Permata Kata
Kata Kata Hikmah Buat Pedoman Hidup
Kata Mutiara Pengorbanan
Seseorang itu dimuliakan bukanlah disebabkan oleh apa yang dimilikinya, tetapi kerana pengorbanannya untuk memberikan manfaat untuk orang lain.
Sesungguhnya pengorbanan itu bermaksud, usaha seorang hamba untuk mendekatkan diri kepada penciptanya melalui amal perbuatannya yang ikhlas.
Jujur adalah sebuah pengorbanan yang tidak hanya membuat diri kita terhormat di mata orang lain tetapi lebih utama lagi, terhormat di sisi Allah.
Pejuang sejati boleh dilihat dari seberapa banyak pengorbanan yang diberikan.
Orang yang tidak mahu berkorban adalah orang yang menunjukkan kehinaan dirinya.
Ciri orang yang beriman adalah senantiasa rela berkorban untuk kepentingan umat.
Kesungguhan, kegigihan, keikhlasan dan pengorbanan adalah pilar-pilar cinta sejati.
Tunjukkan rasa cinta kita dengan berkorban kerana tidak ada cinta tanpa pengorbanan.
Allah membenci orang yang bersifat kikir kerana kekikiran itu akan menimbulkan kezaliman dan kedengkian.
Semakin orang itu mencintai apa yang dimilikinya semakin sulitlah dia berkorban untuk orang lain.
Jadilah manusia yang senantiasa mahu berkorban untuk sesama kerana itu menunjukkan kemuliaan akhlak.
Allah sangat mencintai orang-orang yang selalu ingin membahagiakan orang lain dengan apa yang dimilikinya.
Semakin seseorang itu banyak berkorban untuk orang lain, semakin mulialah dia di sisi Allah dan manusia.
Allah mencintai orang yang berkorban dengan harta dan jiwa untuk menegakkan kebenaran.
Allah sangat mencintai orang-orang yang berkorban untuk mendapatkan keredhaanNya, kerana itu menunjukan cinta sejati pada Allah.

khatam alquran


Nurin arifah & Nur aqilah ketika majlis khatam alquran
kemuliaan penghafal al-quran
- paling bahagia dan kaya di akhirat nanti
- diberi hak syafaat untuk sepuluh orang ahli keluarganya
- menjadi penghuni syurga