CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Yang Terindah

Friday, September 4, 2009

Nikmat ...Mabuk...

Aku bersyukur kerana dapat bertemu ramadan pada kali ini. Aku berazam untuk tidak membeli di bazar ramadan. Lagi pun suamiku tidak suka membeli dan dia lebih suka jika aku memasak walaupun hanya telur goreng sahaja. Anak-anakku juga bab makan tidak pernah mengeluh... makan sahaja apa yang dihidangkan yang penting kicap mesti ada ! Tapi, tuhan maha berkuasa... kita mampu merancang, tuhan yang menentukan....

Pada mulanya, ku sangka hanya pening dan tidak bermaya dan muntah2...maklumlah orang berpuasa, tentulah letih dan tiada daya... Ya Allah........aku bersyukur dengan rezeki yang engkau berikan ! tapi.........seperti pengalaman anak2ku yang lepas...bila aku mabuk... satu minggu aku hanya terbaring ! makan tak lalu... dan muntah berterusan... Keadaan ini bukan hanya sebulan dua sahaja tapi hingga aku melahirkan ( sembilan bulan ) . Ku sangka untuk anak kelima aku tidaklah mabuk...tapi jangkaanku meleset. Jadi aku terima apa yang Allah berikan.

Setiap hari asyik berfikir nak makan apa...nak minum pun kena fikir juga! Itulah dugaan yang Allah berikan kepadaku. Bila lapar menangis...sebab tak boleh nak makan... Belum pun makanan masuk ke mulut aku dah muntah dahulu........Alhamdulillah suami dan anak2 memahami...Semua tugas yang aku buat dulu sudah beralih tangan...membasuh, menyidai, mengemas, memasak dan menyapu anak2 dan suami yang bergotong royong.

Bila di sekolah, rakan2 pun faham dengan perubahanku...anak2 muridku juga seakan mengerti... (terima kasih semuanya kerana memahami)...Dalam keadaan begini, aku lebih banyakkan membaca Al-Quran... Al-Quranlah penawar segala penyakit ! Sepanjang sembilan bulan aku mengandung sekurang-kurangnya 3 atau 4 kali khatam...banyak hikmah disebaliknya sebenarnya.......Dengan izin Allah...aku tidak pernah merasa sakit sebagaimana yang selalu aku dengar... sakit bila bersalin !...mungkin itulah hikmah disebaliknya. Doktor dan jururawat yang merawatku pun hairan...disaatku sedang melahirkan aku mampu bergurau dan tersenyum! Allah maha adil...dia memberiku kesusahan 9 bulan dan nikmat bersalin dengan mudah.

Tapi yang membuat ku risau dan termenung lagi sedih... siapalah yang nak menyiapkan segala assignmentku......Kepada Dr. Normaliza...saya harap dia mengerti...kerana dia juga seorang wanita...dan saya akan cuba yang terbaik untuk menyiapkan segalanya...