CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Yang Terindah

Tuesday, April 28, 2009

Sayangi diri anda


Perut adalah pangkal
segala penyakit
Menjaga pemakanan
adalah pokok
sekalian ubat…..

Stress


Stres atau tekanan merupakan reaksi terhadap sebarang rangsangan (fizikal, mental, atau emosi dalaman atau luaran), yang cenderung membuatkan seseorang berasa marah.
Apabila reaksi tersebut tidak diurus dengan baik ia boleh membawa kepada masalah kesihatan. Antara penyakit yang kerap dikaitkan dengan stress ialah penyakit jantung, darah tinggi dan kanser.Namun akhir-akhir ini para doctor melihat terdapat peningkatan insiden yang mengaitkan stress dengan masalah kesihatan lain seperti asma, alahan, migraine, ulser, usus dan masalah kulit. Malah, 75 peratus hingga 90 peratus yang berjumpa doctor ada kaitan dengan stress……………..
10 Tips melegakan stress

1- Bangun awal
2- Berkongsi beban tugasan anda dengan keluarga dan rakan sekerja
3- Berehat seketika walaupun hanya 10 minit untuk melegakan otak atau menyedut nafas
dalam-dalam
4- Peruntukan masa untuk bersenam
5- Jangan fikir atau melakukan sesuatu kerja terlalu banyak dalam satu masa
6- Tidak ada salahnya jika anda tidak melakukan sesuatu dengan sempurna sepenuhnya
7- Belajar untuk berkata tidak
8- Elakkan menyesakkan fikiran dengan perkara remeh-remeh
9- Sesekali berehat dengan mendengar muzik yang mendamaikan
10- Mengambil sikap mudah memaafkan orang lain.

Wednesday, April 22, 2009

umrah ke2




Hidayah itu petunjuk Allah. Iman itu kepercayaan dan keyakinan kepadaNya. Amal itu perbuatan. Sesungguhnya amalan yang terbaik ialah amalan yang diredhaiNya. Blog ini hanya dikendalikan pada masa senggang iaitu selepas waktu pejabat, hujung minggu dan pada masa cuti. Saya menggunakan kemudahan internet dan PC sendiri dari rumah. Waktu bekerja adalah ibadah, oleh itu saya wajib penuhi waktu itu dengan melakukan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan kepada saya.Saya akan membalas setiap komen pada masa senggang sahaja kerana saya ingin memohon keberkatan dan KeredhaanNya. View my complete profile



Monday, April 20, 2009

nurul aiman sakinah

Hiduplah Sesuka hatimu, Sesungguhnya kamu pasti mati. Cintai siapa saja yang kamu senangi, Sesungguhnya kamu pasti akan berpisah dengannya Lakukan apa saja yang kamu kehendaki, Sesungguhnya kamu akan memperoleh balasannya.

Wednesday, April 15, 2009


Permata Kata
Kata Kata Hikmah Buat Pedoman Hidup
Doa dari Al-Quran #19
Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadaMu dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadaMu).
(Al -Ahqaf [46] : 15)
Kita Ditakdirkan Jatuh Cinta Spring
Ku tak tahu mengapa Tiba-tiba sahaja Di dalam hati ini sering rindu padamu Ingin kumeluahkan, tak berdaya
Ku tahu engkau jua Sangat sayang padaku Kaupun sering merindu Bila tidak bertemu ternyata kau dan aku Punya rasa...
Kau dan aku sudah ditakdirkan bertemu Dan tiba-tiba kita jatuh cinta Ini semua sudah suratan ilahi Dan kita harus tabah hadapi kenyataan
Biar... apapun terjadi Aku... harap engkau tabah... Menerimaku sebagai teman barumu Semoga kita saling sayang, bahagia...
Usahlah engkau pergi Semadi di hatiku Masih menyayangimu, oh sayangku... Bila sehari tak jumpa, aku rindu...

my baby


Permata Kata
Kata Kata Hikmah Buat Pedoman Hidup
Kata Mutiara Pengorbanan
Seseorang itu dimuliakan bukanlah disebabkan oleh apa yang dimilikinya, tetapi kerana pengorbanannya untuk memberikan manfaat untuk orang lain.
Sesungguhnya pengorbanan itu bermaksud, usaha seorang hamba untuk mendekatkan diri kepada penciptanya melalui amal perbuatannya yang ikhlas.
Jujur adalah sebuah pengorbanan yang tidak hanya membuat diri kita terhormat di mata orang lain tetapi lebih utama lagi, terhormat di sisi Allah.
Pejuang sejati boleh dilihat dari seberapa banyak pengorbanan yang diberikan.
Orang yang tidak mahu berkorban adalah orang yang menunjukkan kehinaan dirinya.
Ciri orang yang beriman adalah senantiasa rela berkorban untuk kepentingan umat.
Kesungguhan, kegigihan, keikhlasan dan pengorbanan adalah pilar-pilar cinta sejati.
Tunjukkan rasa cinta kita dengan berkorban kerana tidak ada cinta tanpa pengorbanan.
Allah membenci orang yang bersifat kikir kerana kekikiran itu akan menimbulkan kezaliman dan kedengkian.
Semakin orang itu mencintai apa yang dimilikinya semakin sulitlah dia berkorban untuk orang lain.
Jadilah manusia yang senantiasa mahu berkorban untuk sesama kerana itu menunjukkan kemuliaan akhlak.
Allah sangat mencintai orang-orang yang selalu ingin membahagiakan orang lain dengan apa yang dimilikinya.
Semakin seseorang itu banyak berkorban untuk orang lain, semakin mulialah dia di sisi Allah dan manusia.
Allah mencintai orang yang berkorban dengan harta dan jiwa untuk menegakkan kebenaran.
Allah sangat mencintai orang-orang yang berkorban untuk mendapatkan keredhaanNya, kerana itu menunjukan cinta sejati pada Allah.

khatam alquran


Nurin arifah & Nur aqilah ketika majlis khatam alquran
kemuliaan penghafal al-quran
- paling bahagia dan kaya di akhirat nanti
- diberi hak syafaat untuk sepuluh orang ahli keluarganya
- menjadi penghuni syurga

keluargaku syurgaku


Sabda Rasulullah SAW


Imam Syafie pernah berkata " sesiapa ingin dicemerlangkan hatinya oleh Allah, hendaklah meninggalkan perkataan yang sia-sia."
Syed Ahmad bin Idris dalam al majmuk syarif menulis bahawa Rasulullah SAW bersabda: (Takut kepada Allah Taala itu adalah sumber segala ilmu pengetahuan, manakala warak merupakan pokok segala amalan).

Tamadun


BAHASA ASAS PEMBINAAN TAMADUN BANGSA

Tamadun awal manusia menurut pengkaji sejarah,manusia dikategorikan sebagai haiwan yang boleh berfikir dan dikategorikan dalam peringkat tertinggi. Dalam bahasa latin manusia dipanggil homo snpiens. Berdasarkan kajian arkeologi manusia sudah wujud 500,000 tahun dahulu iaitu di zaman air batu. Manusia yang terawal menurut kajian arkeologi dikenali sebagai Neanderthal. Manusia ini tinggal di benua Eropah, Asia dan Afrika (Mahayudin Hj.Yahya, 1998).
Manusia mempunyai kebolehan yang tersendiri disebabkan akal fikirannya. Mereka boleh berfikir untuk meperbaiki diri sendiri dan mencipta cara-cara perhubungan sesama manusia. Akal manusia dibantu oleh pancaindera yang boleh melihat, mendengar dan merasa untuk mendapatkan keperluan hidup dan meningkatkan taraf kehidupan. Sekumpulan manusia sama ada kecil atau besar akan membentuk satu unit sosial yang dipanggil masyarakat

Charles Darwin (1802-1889) telah mengemukakan teori evolusi bahawa manusia berasal dari monyet. Teori evolusi ini amat berpengaruh bukan sahaja di negara-negara Eropah tetapi juga di negara-negara Islam khususnya pada abad ke-19 dan awal abad ke-20. Teori ini dinafikan sekeras-kerasnya oleh al-Quran. Al-Quran menegaskan bahawa manusia adalah makhluk yang paling mulia dan terbaik yang Allah swt ciptakan untuk memikul amanah sebagai khalifah Allah swt di muka bumi ini. Manusia pertama yang Allah swt ciptakan ialah Nabi Adam Alaihissalam. Bermula daripada Adam, manusia telah membiak dan berkembang dari semasa ke semasa semakin ramai yang akhirnya mewujudkan puak, bangsa dan masyarakat dengan pelbagai tamadun dan peradaban di dalam kehidupan mereka.
Bahasa pula boleh didefinasikan sebagai lambang komunikasi manusia di dunia. Bahasa dikatakan telah wujud sejak beribu tahun dahulu iaitu serentak dengan kewujudan serta perkembangan manusia.Bahasa merupakan keperluan asas utama dan terawal manusia.Keperluannya melebihi makanan ,pakaian dan tempat tinggal yang dianggap sebagai keperluan asas pertama dan terpenting. Justeru itu seseorang itu perlu berkomunikasi dengan individu lain untuk menyempurnakan keperluan hidup mereka melalui alat komunikasi yang terawal iaitu bahasa.

Pesanan Untukmu

Anak
Esak tangis dan hilai tawanya
Adalah pengubat hati ibu bapa
Anak… anugerah allah yang wajar disyukuri
Bukan benda yang perlu didera atau dizalimi
Asuh…. Serta didiklah mereka
Ke jalan bahagia agar menjadi
Warga berguna untuk bangsa
Dan Negara
Anak… adalah persis
Haruman syurga bunga penyeri
Dalam sebuah rumahtangga……………..