Dulu aku tidak begitu,
Patuh dengan perintah guru,
Kini mereka terus melulu,
Menyalahkan guru tanpa malu.
Zaman sudah berubah,
Mereka tidak pernah mengalah,
Yang penting aku hidup mewah,
Ibu bapa ku buat tipu helah.
Dulu aku tunduk malu,
Dinasihati oleh guru,
Berderai air mataku,
Kaulah sumber ilhamku.
Didada akhbar sering dibicarakan
Keaiban dan keburukan jadi bualan,
Tidakkah kita berasa kasihan,
Guru sering jadi cacian dan umpatan,
Dimanakah nilai keperibadian.
Tanpanya siapalah aku di sini,
Mengajar tanpa peduli diri sendiri,
Sakit pening terus digagahi,
Untuk anak-anak yang dikasihi.
Anak zaman ini,
Tidak mahu mengerti,
Apa yang dijanji,
Aku ingin hidup berdaulat tinggi.
Betul tak kawan-kawan semua...
Saturday, August 15, 2009
Keluh Kesah
Posted by Ruzanita Sarman at 11:19 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
7 comments:
Yer betul...........
Manusia
Sering kali lupa
Pada yang mendidik mereka
Susah payah yang mengajarnya
Menjadi insan berguna
Manusia
Sering kali leka
Hanya bermain waktunya
Ingat pada mainanya
Lupa pula pelajarannya
Manusia
Lupa pada janjinya
Lupa pada asuhannya
Bila sudah berjaya
Hanya dipandang sebelah mata
Mereka
tidak mengerti
juga tidak mahu mengerti
yang mengerti bagaikan tidak endah
yang tidak endah apalah lagi
Kita
teruskan usaha
teruskan perjuangan
buat yang terbaik
buat yang terpuji
ada berkat mudah rezeki
Kau dan aku,
kita jua tidak mengerti,
mengapa ini bisa terjadi,
sedangkan,
ilmu telah dicurahkan,
jalan telah ditunjukkan,
arah telah diberi,
sedaya upaya,
kita telah cuba,
buat sebaik mungkin...
Namun,
mereka tidak endah,
mereka tidak peduli,
mereka membatukan diri,
hendak dimarah,
takut nanti,
membinasakan diri sendiri.
Itulah anak-anak kita,
pemimpin masa depan,
harapan demi harapan,
agar mereka,
menjaga masa depan.
hai Ijan....
Aduhai guru...
Jika dulu kau diibaratkan bagaikan lilin
Namun kini....
lilin itu bagaikan hampir padam
Kuharap semangatmu tidak padam..
Akan terus bersinar bak mentari
Bercahaya bak bulan purnama
harapan tinggi bak langit nun jauh disana...
Reruskan perjuangan aduhai guru....
ralat..baris akhir
Reruskan - teruskan
pergi pasar naik lori,I'm sorry
guru
suatu nama tidak asing
padamu yang telah membuka
mindaku
mengajarku tentang
membaca a,b,c
mengira 1,2,3
tanpa jemu dan bosan
kau berusaha
dengan tekun
kerana niat mu hanya satu
ingin melihat
anak didik mu
menjaadi yang terbaik
dan lebih baik darimu
terima kasih guruku
tak pernah ku lupa gelaran itu
kerana aku jua
adalah guru....
Post a Comment