Wednesday, April 15, 2009
Sabda Rasulullah SAW
Imam Syafie pernah berkata " sesiapa ingin dicemerlangkan hatinya oleh Allah, hendaklah meninggalkan perkataan yang sia-sia."
Syed Ahmad bin Idris dalam al majmuk syarif menulis bahawa Rasulullah SAW bersabda: (Takut kepada Allah Taala itu adalah sumber segala ilmu pengetahuan, manakala warak merupakan pokok segala amalan).
Posted by Ruzanita Sarman at 6:24 AM 0 comments
Tamadun
BAHASA ASAS PEMBINAAN TAMADUN BANGSA
Tamadun awal manusia menurut pengkaji sejarah,manusia dikategorikan sebagai haiwan yang boleh berfikir dan dikategorikan dalam peringkat tertinggi. Dalam bahasa latin manusia dipanggil homo snpiens. Berdasarkan kajian arkeologi manusia sudah wujud 500,000 tahun dahulu iaitu di zaman air batu. Manusia yang terawal menurut kajian arkeologi dikenali sebagai Neanderthal. Manusia ini tinggal di benua Eropah, Asia dan Afrika (Mahayudin Hj.Yahya, 1998).
Manusia mempunyai kebolehan yang tersendiri disebabkan akal fikirannya. Mereka boleh berfikir untuk meperbaiki diri sendiri dan mencipta cara-cara perhubungan sesama manusia. Akal manusia dibantu oleh pancaindera yang boleh melihat, mendengar dan merasa untuk mendapatkan keperluan hidup dan meningkatkan taraf kehidupan. Sekumpulan manusia sama ada kecil atau besar akan membentuk satu unit sosial yang dipanggil masyarakat
Charles Darwin (1802-1889) telah mengemukakan teori evolusi bahawa manusia berasal dari monyet. Teori evolusi ini amat berpengaruh bukan sahaja di negara-negara Eropah tetapi juga di negara-negara Islam khususnya pada abad ke-19 dan awal abad ke-20. Teori ini dinafikan sekeras-kerasnya oleh al-Quran. Al-Quran menegaskan bahawa manusia adalah makhluk yang paling mulia dan terbaik yang Allah swt ciptakan untuk memikul amanah sebagai khalifah Allah swt di muka bumi ini. Manusia pertama yang Allah swt ciptakan ialah Nabi Adam Alaihissalam. Bermula daripada Adam, manusia telah membiak dan berkembang dari semasa ke semasa semakin ramai yang akhirnya mewujudkan puak, bangsa dan masyarakat dengan pelbagai tamadun dan peradaban di dalam kehidupan mereka.
Bahasa pula boleh didefinasikan sebagai lambang komunikasi manusia di dunia. Bahasa dikatakan telah wujud sejak beribu tahun dahulu iaitu serentak dengan kewujudan serta perkembangan manusia.Bahasa merupakan keperluan asas utama dan terawal manusia.Keperluannya melebihi makanan ,pakaian dan tempat tinggal yang dianggap sebagai keperluan asas pertama dan terpenting. Justeru itu seseorang itu perlu berkomunikasi dengan individu lain untuk menyempurnakan keperluan hidup mereka melalui alat komunikasi yang terawal iaitu bahasa.

Posted by Ruzanita Sarman at 6:21 AM 0 comments
Pesanan Untukmu
Anak
Esak tangis dan hilai tawanya
Adalah pengubat hati ibu bapa
Anak… anugerah allah yang wajar disyukuri
Bukan benda yang perlu didera atau dizalimi
Asuh…. Serta didiklah mereka
Ke jalan bahagia agar menjadi
Warga berguna untuk bangsa
Dan Negara
Anak… adalah persis
Haruman syurga bunga penyeri
Dalam sebuah rumahtangga……………..
Posted by Ruzanita Sarman at 6:12 AM 1 comments
Subscribe to:
Posts (Atom)

.jpg)

.jpg)