CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Yang Terindah

Wednesday, April 15, 2009

Tamadun


BAHASA ASAS PEMBINAAN TAMADUN BANGSA

Tamadun awal manusia menurut pengkaji sejarah,manusia dikategorikan sebagai haiwan yang boleh berfikir dan dikategorikan dalam peringkat tertinggi. Dalam bahasa latin manusia dipanggil homo snpiens. Berdasarkan kajian arkeologi manusia sudah wujud 500,000 tahun dahulu iaitu di zaman air batu. Manusia yang terawal menurut kajian arkeologi dikenali sebagai Neanderthal. Manusia ini tinggal di benua Eropah, Asia dan Afrika (Mahayudin Hj.Yahya, 1998).
Manusia mempunyai kebolehan yang tersendiri disebabkan akal fikirannya. Mereka boleh berfikir untuk meperbaiki diri sendiri dan mencipta cara-cara perhubungan sesama manusia. Akal manusia dibantu oleh pancaindera yang boleh melihat, mendengar dan merasa untuk mendapatkan keperluan hidup dan meningkatkan taraf kehidupan. Sekumpulan manusia sama ada kecil atau besar akan membentuk satu unit sosial yang dipanggil masyarakat

Charles Darwin (1802-1889) telah mengemukakan teori evolusi bahawa manusia berasal dari monyet. Teori evolusi ini amat berpengaruh bukan sahaja di negara-negara Eropah tetapi juga di negara-negara Islam khususnya pada abad ke-19 dan awal abad ke-20. Teori ini dinafikan sekeras-kerasnya oleh al-Quran. Al-Quran menegaskan bahawa manusia adalah makhluk yang paling mulia dan terbaik yang Allah swt ciptakan untuk memikul amanah sebagai khalifah Allah swt di muka bumi ini. Manusia pertama yang Allah swt ciptakan ialah Nabi Adam Alaihissalam. Bermula daripada Adam, manusia telah membiak dan berkembang dari semasa ke semasa semakin ramai yang akhirnya mewujudkan puak, bangsa dan masyarakat dengan pelbagai tamadun dan peradaban di dalam kehidupan mereka.
Bahasa pula boleh didefinasikan sebagai lambang komunikasi manusia di dunia. Bahasa dikatakan telah wujud sejak beribu tahun dahulu iaitu serentak dengan kewujudan serta perkembangan manusia.Bahasa merupakan keperluan asas utama dan terawal manusia.Keperluannya melebihi makanan ,pakaian dan tempat tinggal yang dianggap sebagai keperluan asas pertama dan terpenting. Justeru itu seseorang itu perlu berkomunikasi dengan individu lain untuk menyempurnakan keperluan hidup mereka melalui alat komunikasi yang terawal iaitu bahasa.

0 comments: